Friday, 9 November 2012

KATA SERU


                        KATA SERU

1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan 
    seseorang seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, terkejut, sindiran, 
    dan sebagainya.

2. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

3. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu 
    dengan nada meninggi atau menurun.


Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh menyatakan perasaan sakit atau 
hairan
1. Aduh, sakitnya kakiku!
2. Aduh, indah sungguh

    kawasan ini!
cih / cis menyatakan perasaan mengejek, tidak suka, atau marah 1. Cih, bedebah betul budak ini!
2. Cis, nyah engkau dari sini!
eh menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, bila kamu sampai!
2. Eh, dulu kawasan ini semak-

    samun.
hai untuk menarik perhatian atau untuk menegur seseorang 1. Hai, jangan duduk di situ!
2. Hai, lama saya tidak melihat   

    kamu!
nah untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu 1. Nah, itu orangnya!
2. Nah, terimalah habuanku!
oh menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya 1. Oh ibu, ampunilah dosaku!
2. Oh, kamu rupanya!
wah menyatakan perasaan kagum Wah, bijak sungguh budak itu!
amboi menyatakan rasa hairan atau kagum 1. Amboi, murah betul barang-
    barang ini!
2. Amboi, manja budak ini!
ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tidak akan pergi!
2. Ah, saya tidak akan menurut 

    kata-katanya itu!
wahai untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian 1. Wahai anakku, bertaubatlah!
2. Wahai orang-orang yang

    beriman,  kerjakanlah 
    sembahyang!

1 comment: